Saturday, January 4, 2014

UKUR TANAH

                                                  



                                                 


JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

SAYA NOR SHUHADA DARI DIPLOMA UKUR TANAH AKAN BERKONGSI MAKLUMAT TENTANG KURSUS SAYA. 


SEJARAH BERMULANYA UKUR TANAH

Pada zaman dahulu,ketika itu tak ada lagi teknologi dan kaedah moden untuk kerja mengukur,kisahnya bermula di negeri Mesir kuno ada seorang petani dimana kebun tanamannya terletak di tepi Sungai Nil. Pada setiap kali turunnya hujan lebat maka air sungai itu akan melimpah yang menyebabkan banjir. Banjir yg sebegini biasa dan bagus untuk menyuburkan tanah secara semulajadi, tetapi yang membuatkan petani itu kecewa adalah pada setiap kali selepas air sungai itu surut semula, dirasakannya tanahnya mengecil sedikit demi sedikit. Dari sinilah timbul idea bagaimana caranya nak memastikan yang tanahnya masih dalam keadaan asal. Jadi dia pun mencari 4 batang kayu lurus yang panjang lalu di pacak pada 4 penjuru tanahnya termasuklah 2 yang ada di tepi sungai. Sampai skrg pun kayu ini masih digunakan dalam proses ukur tanah dan dinamakan kayu pancang.

Pendek cerita selepas hujan lebat dan banjir yg seterusnya, didapatinya 2 pancang kayu di tepi sungai tersebut masih lagi terpacak tetapi tempatnya tidak lagi di tepi sungai. Sekarang kayu pancang tersebut telah berada di dalam sungai pula kira-kira 2-3 langkah dari tepi sungai. Maka tahulah petani tersebut yang tanahnya telah mengecil kerana penghakisan tanah akibat banjir tadi. Jadi dia pun membuat benteng tinggi di tepi sungai tersebut dan dibuat parit supaya air sungai itu dapat masuk dan keluar tanpa menghakis tanahnya lagi.Maka dari sinilah bermulanya ilmu dan teknologi ukur tanah mula berkembang sampailah ke hari ini.

ASAS KERJA UKUR TANAH

Asas kerja ukur tanah adalah terdiri dari 2 bahagian kawalan yang perlu dilakukan apabila membuat sesuatu kerja ukur iaitu kawalan horizontal iaitu kawalan dari segi penggunaan bearing, jarak dan koordinit X,Y yg tepat mengikut Pelan Akui ( PA ). Ini dilakukan supaya jurukur tidak tersilap lokasi lot tanah tersebut dan mengukur tanah orang lain. Kawalan horizontal ini perlu dilakukan dengan mencari 3 batu sempadan yg masih berkeadaan baik mengikut PA dan mematuhi jarak serta sudut yang dibenarkan. Dengan mempunyai 3 batu sempadan yg terbukti berkeadaan baik bakal mewujudkan sebagai datum permulaan kepada pengiraan bearing, jarak dan juga koordinit.

Satu lagi kawalan adalah kawalan vertical atau aras laras iaitu kawalan kepada ketepatan ketinggian tanah itu dari paras laut yang di asaskan daripada Batu Aras Sementara ( TBM ) atau Batu Aras Tetap / Bench Mark jabatan ukur kerajaan ( BM jupem ). Bagi kawalan horizontal tadi jurukur perlu menggunakan 3 batu sempadan yg terbukti masih berkeadaan baik, asas kawalan vertical pula perlu menggunakan BM jupem yg juga terbukti masih berkeadaan baik. Untuk membuktikan yg BM jupem ini masih berkeadaan baik perlulah mencari sekurang kurangnya 2 biji dan di ukur dari satu ke satu yang berikutnya. Apabila terbukti baik barulah jurukur memindahkan aras kepada TBM yang dibuat sendiri di tempat yg selamat berdekatan tempat yang akan di ukur tadi. Biasanya BM jupem ini ada di sepanjang tepi jalan utama pada kadar jarak setiap 2 kilometer, bercat putih dan berbentuk 4 segi serta ada tombol tembaga di atasnya. Di atasnya juga tertulis no rujukan BM tersebut contohnya BM B0020 dan aras sebenar BM ini boleh di rujuk kepada pejabat jabatan ukur dan pemetaan negeri atau daerah.

Sebenarnya kerja2 ukur ni terbahagi kpd banyak cabang tetapi cukuplah sekadar ceritakan cabang yang asas dan terpenting saja di sini.
     a .)    Ukur Kadastral
     b .)    Ukur Strata
     c .)    Ukur Topografi
     d .)    Ukur Kejuruteraan
     e .)    Ukur Hidrografi

PERALATAN KERJA UKUR TANAH

Kesemua bidang kerja ukur tanah kecuali ukur hidrografi adalah menggunakan peralatan yg sama. Peralatan asas yang selalu digunakan adalah teodolite, total station, dumping level, auto level ( “teropong ukur”), setaf ( pembaris gergasi ), tripod ( kaki tiga ), tribatch, prism, plumbob ( ladung besi ), ranging pole, tali dan benang, tape ukur, bubble, cat, paku, hammer, parang, kayu peg, buku, pen dan juga kalkulator program.

Kalkulator adalah ibarat nyawa bagi seorang jurukur tanah kerana tanpa kalkulator ni amatlah susah untuk membuat sebarang pengiraan. Bukan sekadar kalkulator biasa tetapi kalkulator dari jenis saintifik dan boleh diprogramkan.

UKUR KADASTRAL

Kerja ukur kadastral adalah bahagian yg terpenting dan paling memerlukan ketepatan pengiraan serta kemahiran tinggi. Tak semua jurukur tanah boleh membuat kerja ini kerana ia amat rumit dan perlu mematuhi peraturan2 serta mengikut kaedah yg digariskan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia ( JUPEM ). Kerja ukur ini diletakkan sebagai berkelas satu kerana ketepatan ukuran dan cara mempraktikannya.

Tujuan kerja ukur kadastral ini adalah untuk mengukur atau menanda lokasi yg tepat setiap penjuru lot tanah atau istilah ukurnya batu sempadan lot tersebut. Kebiasaanya kerja2 ini dilakukan oleh jurukur jabatan ukur kerajaan dan jurukur berlesen atau pun jurukur yg di bawah seliannya.

Umumnya kerja2 yang sering dilakukan adalah menanda atau menanam batu sempadan yg baru, mengganti batu sempadan yg telah hilang, salah satu proses dalam membuat pecahan lot, salah satu proses dalam menyediakan Pelan Akui ( PA ) dan juga kerja2 yang berkenaan dalam proses mengeluarkan geran tanah kepada pemiliknya.

UKUR STRATA

Kerja ukur strata pula merupakan proses yang sama dengan ukur kadastral  cuma cara mempraktikannya sahaja yg berlainan. Dikatakan berlainan kerana ukur strata ini adalah untuk mengukur lot2 yang ada di dalam banggunan dan bukannya atas tanah. Ukur strata dipraktikan apabila memproses pengeluaran geran bagi premis2 seperti rumah, pejabat atau kedai yg berada didalam banggunan yg banyak tingkat seperi rumah pangsa, komplek2 banggunan komersial, apartmen, kondominium dan banggunan2 tinggi yang lainnya.

Seperti ukur kadastral, kerja ukur strata ini juga biasanya dilakukan oleh jurukur jabatan ukur kerajaan dan jurukur berlesen atau pun jurukur yang di bawah seliannya.

UKUR TOPOGRAFI

Kerja ukur topografi pula adalah merupakan kerja ukur yg paling asas dalam mana2 projek pembanggunan dan merupakan kerja ukur yg paling mudah di antara cabang2 kerja ukur. Apabila hendak membuat sesuatu projek seperti jalanraya, landasan keretapi, komplek komersial dan bangunan, perumahan atau apa projek sekalipun, keadaan bentuk mukabumi yg asal perlu dipetakan terlebih dahulu sebelum kerja perancangan dan reka bentuk dapat dibuat.

Dalam kerja ukur topografi setiap benda kekal yg ada di permukaan bumi akan di ukur dan dimasukkan ke dalam pelan yg dinamakan pelan topografi. Benda2 kekal ini adalah seperti ketinggian aras kawasan tersebut, jalan, lorong, parit, pagar, sungai, manhole, paip-paip air, gas atau pembentung, tiang-tiang letrik, lampu serta telefon, rumah serta bangunan dan kadangkala pokok2 yang besar juga akan diukur dan ditandakan di dalam pelan sekali dengan nama jenis pokok tersebut.

Kerja ukur topografi ini adalah merupakan proses memetakan bentuk mukabumi yang asal dan data2 yang diperolehi akan dilukis ke dalam pelan. Dan dari pelan inilah nanti baru kerja perancangan dan rekabentuk projek pembangunan dapat dilakukan dengan berpandukan kepada maklumat yang ada di dalam pelan topografi ini.

Kerja ukur topografi tidak memerlukan kemahiran tinggi dan semua jurukur tanah boleh membuatnya. Ukur topografi juga tidak termasuk dalam pengukuran berkelas satu.

UKUR KEJURUTERAAN

 Kerja ukur kejuruteraan pula adalah merupakan satu proses yang terbalik dari kerja ukur topografi tadi. Jika pada ukur topografi keadaan asal mukabumi dipetakan ke dalam pelan maka dalam ukur kejuruteraan pula maklumat yang terdapat dalam pelan rekabentuk atau construction plan akan diterjemahkan pula ke atas tanah. Segala butir seperti ketinggian dan lokasi sebenar projek akan di tandakan di atas tanah di tempatnya yang tepat seperti yang telah ditandakan di dalam pelan tersebut.

Kerja ukur kejuruteraan ini biasanya dilakukan pada projek2 untuk membuat jalanraya, jalan keretapi, jambatan, infrastruktur, bangunan dan rumah, paip air dan pembentungan, lapangan terbang, pelabuhan dan jeti serta semua projek2 pembangunan yang lain. Dalam kerja ukur ini, peralatan yang digunakan tetap sama dengan kerja ukur yang di atas tadi. Tetapi cara mempraktikannya sahaja yang berbeza. Contohnya dalam membuat satu projek bangunan, katakanlah ketinggian asal tapak tanah bangunan tersebut pada pelan topografi berada pada paras 10 meter dari aras laut. Tetapi mengikut pelan rekabentuk, ketinggian tapak yang diperlukan adalah 12 meter. Jadi jurukur mesti menanda aras baru tersebut dan membuat perhitungan akan kedudukan tepat kaki dan pengatas cerun slope yg berbeza 2 meter itu. Kemudiannya penjuru bangunan itu akan di tanda pula untuk kerja2 menyediakan asas tapak bangunan. Apabila ketinggian baru tapak telah dicapai setelah kerja penambakan tanah selesai maka kerja berikutnya adalah menanda pula lokasi sebenar cerucuk / piling yg akan ditanam ke dalam tapak tersebut.

Kerja2 menanda ini atau dalam istilah ukur disebut sebagaisetting-out survey perlu dilakukan dengan pengiraan yg teliti dan tepat. Ini adalah supaya bangunan yang bakal dibina itu tidak tersasar daripada apa yang telah ditandakan di dalam pelan rekabentuk. Kawalan dari segi horizontal dan vertical amat perlu dilakukan dari masa ke semasa supaya bangunan tadi tegak dan tidak condong. Jadi amatlah perlu bagi jurukur untuk memastikan datum yg digunakan adalah tepat dan betul dan dibuat TBM serta station baseline pada tempat yg selamat dan boleh bertahan lama.

Kerja ukur kejuruteraan boleh dilakukan oleh semua jurukur yg mempunyai kemahiran dan tak semestinya jurukur berlesen sahaja. Skil2 yg tepat dan betul adalah perlu dalam mempercepatkan proses penandaan. Walaupun kedengarannya seperti agak mudah tetapi sebenarnya kerja ukur kejuruteraan ini juga memerlukan proses pengiraan tepat sebagaimana kerja ukur kadastral. Andai tersilap dalam mengira dan menanda maka keseluruhan bangunan tadi akan menjadi salah bina dan bakal membawa kerugian kepada kontraktor yg membinanya. Seseorang jurukur itu perlu bertanggungjawap terhadap apa yg diukurnya dan tanggungjawap ini pula bukanlah mudah.

UKUR HIDROGRAFI

Ukur hidrografi ini sebenarnya adalah cabang kerja ukur tanah juga dan seperti kerja ukur topografi sifatnya. Tetapi yg membezakannya adalah kerana tanah yg diukur itu bukanlah yang berada di atas permukaan bumi seperti biasa. Ukur hidrografi dijalankan apabila hendak mengetahui keadaan topografi tanah yang berada di bawah permukaan air laut, tasik atau sungai dan untuk mengukur kedalaman airnya. Selain itu peralatan yang digunakan juga adalah berlainan sama sekali dan merupakan peralatan yang berteknologi tinggi seperti echo sounder , GPS serta software khas utk pemprosesan data dan menggunakan kapal atau pun bot.

Dalam kerja ukur ini asas2 ukur seperti kawalan horizontal X,Y dan kawalan vertical tetap diguna pakai. Kawalan horizontal adalah dikawal secara sistem Global Positioning System ( GPS ) iaitu berpandukan satelit dan kawalan vertical atau aras pula adalah dari TBM terdekat yg ada di tepi laut, tasik atau sungai tersebut dan juga aras air laut pada waktu kerja ukur itu di jalankan. Aras air laut pada waktu kerja dijalankan akan dirujuk pula pada almanak pasang surut air kawasan yang berkenaan.

Walaupun kerja ukur hidrografi adalah satu dari cabang ukur tanah tetapi bukan semua jurukur dapat melakukannya. Hanya mereka yg mempunyai kemahiran dan pengkhususan hidrografi sahaja yg dapat membuat kerja ukur ini.

CEBISAN KENANGAN UKUR TANAH DI POLITEKNIK UNGKU OMAR

      Ini gambar kami ketika menjalankan kalibrasi di Batu Gajah..sambil-sambil itu snap dulu lah..panas kot..

   Ini semasa pergi lawatan ke JUPEM..sambil tunggu bas PUO sampai...kami snap dulu sebagai  kenangan terakhir kami di jupem...mereka semua classmate saya..tak ramai kan???
 ini alat EDM..kami pergi ke Batu Gajah dengan membawa bersama alat ini bertujuan untuk menguji  alat ini samaada ada error ataupun tidak..dengan menggunakan pillon yang berada di padang gofl yang pihak JUPEM punya..sebelum melalui ujian ini,kami perlu membuat ujian DFT..