JABATAN KEJURUTERAAN
AWAM
SAYA NOR SHUHADA DARI DIPLOMA UKUR TANAH AKAN BERKONGSI MAKLUMAT TENTANG KURSUS SAYA.
SEJARAH BERMULANYA UKUR TANAH
Pada zaman dahulu,ketika itu tak ada lagi teknologi dan
kaedah moden untuk kerja mengukur,kisahnya bermula di negeri Mesir kuno ada seorang petani dimana kebun tanamannya terletak di tepi Sungai Nil. Pada setiap
kali turunnya hujan lebat maka air sungai itu akan melimpah yang menyebabkan banjir.
Banjir yg sebegini biasa dan bagus untuk menyuburkan tanah secara
semulajadi, tetapi yang membuatkan petani itu kecewa adalah pada setiap kali selepas air sungai itu surut semula, dirasakannya
tanahnya mengecil sedikit demi sedikit. Dari sinilah timbul idea bagaimana
caranya nak memastikan yang tanahnya masih dalam keadaan asal. Jadi dia pun
mencari 4 batang kayu lurus yang panjang lalu di pacak pada 4 penjuru tanahnya
termasuklah 2 yang ada di tepi sungai. Sampai skrg pun kayu ini masih digunakan
dalam proses ukur tanah dan dinamakan kayu
pancang.
Pendek cerita selepas hujan lebat dan banjir yg seterusnya,
didapatinya 2 pancang kayu di tepi sungai tersebut masih lagi terpacak tetapi
tempatnya tidak lagi di tepi sungai. Sekarang kayu pancang tersebut telah
berada di dalam sungai pula kira-kira 2-3 langkah dari tepi sungai. Maka
tahulah petani tersebut yang tanahnya telah mengecil kerana penghakisan
tanah akibat banjir tadi. Jadi dia pun membuat benteng tinggi di tepi sungai
tersebut dan dibuat parit supaya air sungai itu dapat masuk dan keluar tanpa
menghakis tanahnya lagi.Maka dari sinilah bermulanya ilmu dan teknologi ukur tanah mula
berkembang sampailah ke hari ini.
ASAS KERJA UKUR TANAH
Asas kerja ukur tanah adalah terdiri dari 2 bahagian kawalan yang
perlu dilakukan apabila membuat sesuatu kerja ukur iaitu kawalan horizontal iaitu kawalan dari segi penggunaan bearing, jarak dan koordinit
X,Y yg tepat mengikut Pelan
Akui ( PA ).
Ini dilakukan supaya jurukur tidak tersilap lokasi lot tanah tersebut dan
mengukur tanah orang lain. Kawalan horizontal ini perlu dilakukan dengan
mencari 3 batu sempadan yg masih berkeadaan baik mengikut PA dan mematuhi jarak
serta sudut yang dibenarkan. Dengan mempunyai 3 batu sempadan yg terbukti
berkeadaan baik bakal mewujudkan sebagai datum permulaan kepada pengiraan bearing, jarak dan juga koordinit.
Satu lagi kawalan adalah kawalan vertical atau aras laras iaitu kawalan kepada ketepatan ketinggian tanah
itu dari paras laut yang di asaskan daripada Batu Aras Sementara ( TBM ) atau
Batu Aras Tetap / Bench
Mark jabatan
ukur kerajaan ( BM jupem ). Bagi kawalan horizontal tadi jurukur perlu
menggunakan 3 batu sempadan yg terbukti masih berkeadaan baik, asas kawalan
vertical pula perlu menggunakan BM jupem yg juga terbukti masih berkeadaan
baik. Untuk membuktikan yg BM jupem ini masih berkeadaan baik perlulah mencari
sekurang kurangnya 2 biji dan di ukur dari satu ke satu yang berikutnya. Apabila
terbukti baik barulah jurukur memindahkan aras kepada TBM yang dibuat sendiri di
tempat yg selamat berdekatan tempat yang akan di ukur tadi. Biasanya BM jupem ini
ada di sepanjang tepi jalan utama pada kadar jarak setiap 2 kilometer, bercat
putih dan berbentuk 4 segi serta ada tombol tembaga di atasnya. Di atasnya juga
tertulis no rujukan BM tersebut contohnya BM B0020 dan aras sebenar BM ini
boleh di rujuk kepada pejabat jabatan ukur dan pemetaan negeri atau daerah.
Sebenarnya kerja2 ukur ni terbahagi kpd banyak cabang tetapi
cukuplah sekadar ceritakan cabang yang asas dan terpenting saja di sini.
a .) Ukur
Kadastral
b .) Ukur
Strata
c .) Ukur
Topografi
d .) Ukur
Kejuruteraan
e .) Ukur
Hidrografi
PERALATAN KERJA UKUR TANAH
Kesemua bidang kerja ukur tanah kecuali
ukur hidrografi adalah menggunakan peralatan yg sama. Peralatan asas yang selalu
digunakan adalah teodolite, total station, dumping level, auto level (
“teropong ukur”), setaf ( pembaris gergasi
), tripod ( kaki tiga ), tribatch, prism, plumbob ( ladung besi ), ranging
pole, tali dan benang, tape ukur, bubble, cat, paku, hammer, parang, kayu peg,
buku, pen dan juga kalkulator program.
Kalkulator adalah ibarat nyawa bagi seorang jurukur tanah
kerana tanpa kalkulator ni amatlah susah untuk membuat sebarang pengiraan. Bukan
sekadar kalkulator biasa tetapi kalkulator dari jenis saintifik dan boleh
diprogramkan.
UKUR KADASTRAL
Kerja ukur kadastral adalah bahagian yg terpenting dan paling
memerlukan ketepatan pengiraan serta kemahiran tinggi. Tak semua jurukur tanah
boleh membuat kerja ini kerana ia amat rumit dan perlu mematuhi peraturan2
serta mengikut kaedah yg digariskan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (
JUPEM ). Kerja ukur ini diletakkan sebagai berkelas satu kerana ketepatan
ukuran dan cara mempraktikannya.
Tujuan kerja ukur kadastral ini adalah untuk mengukur atau
menanda lokasi yg tepat setiap penjuru lot tanah atau istilah ukurnya batu sempadan lot tersebut. Kebiasaanya
kerja2 ini dilakukan oleh jurukur jabatan ukur kerajaan dan jurukur berlesen
atau pun jurukur yg di bawah seliannya.
Umumnya kerja2 yang sering dilakukan adalah menanda atau menanam
batu sempadan yg baru, mengganti batu sempadan yg telah hilang, salah satu
proses dalam membuat pecahan lot, salah satu proses dalam menyediakan Pelan Akui ( PA ) dan juga kerja2 yang berkenaan dalam proses mengeluarkan
geran tanah kepada pemiliknya.
UKUR STRATA
Kerja ukur strata pula merupakan proses yang sama dengan ukur
kadastral cuma cara mempraktikannya sahaja yg berlainan. Dikatakan
berlainan kerana ukur strata ini adalah untuk mengukur lot2 yang ada di dalam
banggunan dan bukannya atas tanah. Ukur strata dipraktikan apabila memproses
pengeluaran geran bagi premis2 seperti rumah, pejabat atau kedai yg berada
didalam banggunan yg banyak tingkat seperi rumah pangsa, komplek2 banggunan
komersial, apartmen, kondominium dan banggunan2 tinggi yang lainnya.
Seperti ukur kadastral, kerja ukur strata ini juga biasanya
dilakukan oleh jurukur jabatan ukur kerajaan dan jurukur berlesen atau pun
jurukur yang di bawah seliannya.
UKUR TOPOGRAFI
Kerja ukur topografi pula adalah merupakan kerja ukur yg paling
asas dalam mana2 projek pembanggunan dan merupakan kerja ukur yg paling mudah
di antara cabang2 kerja ukur. Apabila hendak membuat sesuatu projek seperti
jalanraya, landasan keretapi, komplek komersial dan bangunan, perumahan atau
apa projek sekalipun, keadaan bentuk mukabumi yg asal perlu dipetakan terlebih
dahulu sebelum kerja perancangan dan reka bentuk dapat dibuat.
Dalam kerja ukur topografi setiap benda kekal yg ada di
permukaan bumi akan di ukur dan dimasukkan ke dalam pelan yg dinamakan pelan
topografi. Benda2 kekal ini adalah seperti ketinggian aras kawasan tersebut,
jalan, lorong, parit, pagar, sungai, manhole, paip-paip air, gas atau
pembentung, tiang-tiang letrik, lampu serta telefon, rumah serta bangunan dan
kadangkala pokok2 yang besar juga akan diukur dan ditandakan di dalam pelan
sekali dengan nama jenis pokok tersebut.
Kerja ukur topografi ini adalah merupakan proses memetakan
bentuk mukabumi yang asal dan data2 yang diperolehi akan dilukis ke dalam pelan. Dan
dari pelan inilah nanti baru kerja perancangan dan rekabentuk projek
pembangunan dapat dilakukan dengan berpandukan kepada maklumat yang ada di dalam pelan
topografi ini.
Kerja ukur topografi tidak memerlukan kemahiran tinggi dan semua
jurukur tanah boleh membuatnya. Ukur topografi juga tidak termasuk dalam
pengukuran berkelas satu.
UKUR KEJURUTERAAN
Kerja ukur kejuruteraan pula adalah merupakan satu proses
yang terbalik dari kerja ukur topografi tadi. Jika pada ukur topografi keadaan
asal mukabumi dipetakan ke dalam pelan maka dalam ukur kejuruteraan pula
maklumat yang terdapat dalam pelan rekabentuk atau construction plan akan diterjemahkan pula ke atas tanah. Segala butir seperti
ketinggian dan lokasi sebenar projek akan di tandakan di atas tanah di
tempatnya yang tepat seperti yang telah ditandakan di dalam pelan tersebut.
Kerja ukur kejuruteraan ini biasanya dilakukan pada projek2
untuk membuat jalanraya, jalan keretapi, jambatan, infrastruktur, bangunan dan
rumah, paip air dan pembentungan, lapangan terbang, pelabuhan dan jeti serta
semua projek2 pembangunan yang lain. Dalam kerja ukur ini, peralatan yang digunakan
tetap sama dengan kerja ukur yang di atas tadi. Tetapi cara mempraktikannya sahaja
yang berbeza. Contohnya dalam membuat satu projek bangunan, katakanlah ketinggian
asal tapak tanah bangunan tersebut pada pelan topografi berada pada paras 10
meter dari aras laut. Tetapi mengikut pelan rekabentuk, ketinggian tapak yang
diperlukan adalah 12 meter. Jadi jurukur mesti menanda aras baru tersebut dan
membuat perhitungan akan kedudukan tepat kaki dan pengatas cerun slope yg
berbeza 2 meter itu. Kemudiannya penjuru bangunan itu akan di tanda pula untuk kerja2
menyediakan asas tapak bangunan. Apabila ketinggian baru tapak telah dicapai
setelah kerja penambakan tanah selesai maka kerja berikutnya adalah menanda
pula lokasi sebenar cerucuk / piling yg akan ditanam ke dalam tapak tersebut.
Kerja2 menanda ini atau dalam istilah ukur disebut sebagaisetting-out
survey perlu
dilakukan dengan pengiraan yg teliti dan tepat. Ini adalah supaya bangunan yang
bakal dibina itu tidak tersasar daripada apa yang telah ditandakan di dalam pelan
rekabentuk. Kawalan dari segi horizontal dan vertical amat perlu dilakukan dari
masa ke semasa supaya bangunan tadi tegak dan tidak condong. Jadi amatlah perlu
bagi jurukur untuk memastikan datum yg digunakan adalah tepat dan betul dan
dibuat TBM serta station baseline pada tempat yg selamat dan boleh bertahan
lama.
Kerja ukur kejuruteraan boleh dilakukan oleh semua jurukur yg
mempunyai kemahiran dan tak semestinya jurukur berlesen sahaja. Skil2 yg tepat
dan betul adalah perlu dalam mempercepatkan proses penandaan. Walaupun
kedengarannya seperti agak mudah tetapi sebenarnya kerja ukur kejuruteraan ini
juga memerlukan proses pengiraan tepat sebagaimana kerja ukur kadastral. Andai
tersilap dalam mengira dan menanda maka keseluruhan bangunan tadi akan menjadi
salah bina dan bakal membawa kerugian kepada kontraktor yg membinanya.
Seseorang jurukur itu perlu bertanggungjawap terhadap apa yg diukurnya dan
tanggungjawap ini pula bukanlah mudah.
UKUR HIDROGRAFI
Ukur hidrografi ini sebenarnya adalah cabang kerja ukur tanah
juga dan seperti kerja ukur topografi sifatnya. Tetapi yg membezakannya adalah
kerana tanah yg diukur itu bukanlah yang berada di atas permukaan bumi seperti
biasa. Ukur hidrografi dijalankan apabila hendak mengetahui keadaan topografi
tanah yang berada di bawah permukaan air laut, tasik atau sungai dan untuk
mengukur kedalaman airnya. Selain itu peralatan yang digunakan juga adalah
berlainan sama sekali dan merupakan peralatan yang berteknologi tinggi seperti
echo sounder , GPS serta software khas utk pemprosesan data dan menggunakan
kapal atau pun bot.
Dalam kerja ukur ini asas2 ukur seperti kawalan horizontal X,Y
dan kawalan vertical tetap diguna pakai. Kawalan horizontal adalah dikawal
secara sistem Global Positioning System ( GPS ) iaitu berpandukan satelit dan
kawalan vertical atau aras pula adalah dari TBM terdekat yg ada di tepi laut,
tasik atau sungai tersebut dan juga aras air laut pada waktu kerja ukur itu di
jalankan. Aras air laut pada waktu kerja dijalankan akan dirujuk pula pada
almanak pasang surut air kawasan yang berkenaan.
Walaupun kerja ukur
hidrografi adalah satu dari cabang ukur tanah tetapi bukan semua jurukur dapat
melakukannya. Hanya mereka yg mempunyai kemahiran dan pengkhususan hidrografi
sahaja yg dapat membuat kerja ukur ini.
CEBISAN KENANGAN UKUR TANAH DI POLITEKNIK UNGKU OMAR
Ini gambar kami ketika menjalankan kalibrasi di Batu Gajah..sambil-sambil itu snap dulu lah..panas kot..Ini semasa pergi lawatan ke JUPEM..sambil tunggu bas PUO sampai...kami snap dulu sebagai kenangan terakhir kami di jupem...mereka semua classmate saya..tak ramai kan???
ini alat EDM..kami pergi ke Batu Gajah dengan membawa bersama alat ini bertujuan untuk menguji alat ini samaada ada error ataupun tidak..dengan menggunakan pillon yang berada di padang gofl yang pihak JUPEM punya..sebelum melalui ujian ini,kami perlu membuat ujian DFT..
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete